Monday, May 24, 2010

Pahala Bukan Angan-angan

Bismillah...

"Sesiapa yang melakukan kejahatan, dia akan dibalas dengan kejahatan itu dan dia pula tidak akan mendapat selain dari Allah seorang pun yang akan melindunginya dan tidak ada juga yang dapat menolongnya. Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikit pun."(123-124:An-Nisa')

Ayat di atas adalah firman Allah ditujukan khas utk kita (manusia) bukan untuk haiwan mahupun tumbuhan. Di hari hisab kelak penolong kita adalah bekalan2 kita.

Jika di dunia, jika kita buat kesalahan mungkin boleh kawan2 'cover' atau create alasan yg canggih2, yg logik samada benar/tdk yg penting lepas. Jika dibicarakan di mahkamah dunia...boleh cari peguambela terhebat utk bantu kita lepas dari pertuduhan.

Itu di dunia... di kala nyawa masih dikandung badan. Di padang masyar kelak? setiap apa yg kita buat satu persatu akan ditayangkan. Tiada siapa yg boleh tolong kita cover bukti2 tu,kan?

"Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar. Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya dan keampunan serta rahmat belas kasihan dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (An-Nisa'95-96)

Marilah kita sama2 muhasabah...apakah bekalan kita? Ingatlah bhw pahala...syurga itu bukan angan2!

Iman itu perlu diproses ... ia bukan dpt automotik,ia tdk boleh diwarisi,tdk boleh dijual beli,ia juga bukan diperlohi dr sijil akademik yg ada, bukan juga diperohi berada jumlah harta yg ada,kan?

Kita perlu proses hati kita agar seronok buat amal tak kira kecil atau besar. Marilah kita buat sebyk mana amal sbb kita tak tahu amal mana yg Allah trima.

Pujuklah hati kita agar yakin dgn janji2 Allah! Janji Allah pasti benar sbb Allah tak akan mungkir janji,kan?

Firman AllahSWT,"Pahala dari Allah itu bukan menurut angan-angan kalian yang kosong dan tidak menurut angan-angan ahli kitab . Barang siapa mengerjakan kejahatan niscaya diberi pembalasan dengan kejahatan itu, dan ia tidak mendapat pelindung dan tidak pula penolong baginya selain Allah." (An-Nisa':123)

Peringatan ini untuk diri ini yg selalu lalai...
Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment